Usia 9 tahun terlibat dadah - Utusan Malaysia

Usia 9 tahun terlibat dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG 11 Feb. – Sebanyak 984 kes juvenil termasuk 145 kes yang melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah dilaporkan di negeri ini sepanjang tahun lalu.

Ketua Polis negeri , Datuk Hasanuddin Hassan berkata, statistik itu agak membimbangkan dan memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk membendungnya.

Katanya, kesemua murid dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dilakukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ada dalam kalangan mereka yang masih muda seawal usia 9 tahun sudah dikesan mula berjinak dengan gejala itu.

“Punca golongan muda ini terjebak adalah disebabkan pengaruh rakan sebaya dan perasaan ingin mencuba. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan mengawasi pergaulanan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Pelancaran Minggu Disiplin, Pertauliahan Pengawas dan Ketua Tingkatan serta Perhimpunan Bulanan Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah, di sini hari ini.

Seramai 180 murid termasuk pengawas dan ketua darjah sekolah berkenaan menerima surat tauliah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×