KEMAMAN – Seekor ular sawa batik yang kekenyangan dipercayai baru lepas membaham dua ekor ayam peliharaan milik penduduk kampung berjaya ditangkap sekumpulan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kerteh di Kampung Sarang Helang, Kemasek dekar sini di sini hari ini. Sewaktu ditemui, reptilia yang dianggarkan seberat 200 kilogram dan sepanjang enam meter itu sedang berlingkar di dalam sebuah reban ayam. Ketua BBP Kerteh, Timbalan Penguasa Bomba Khairul Hasmi Mokhtar…