Tarik gelaran hak Sultan Muhammad V - Utusan Malaysia

Tarik gelaran hak Sultan Muhammad V

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Feb. – Keputusan menarik sebarang darjah kebesaran termasuk gelaran ‘Datuk’ adalah hak keistimewaan seorang Sultan atau Yang di-Pertuan Agong sepenuhnya.

 Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tidak boleh memberi ulasan lanjut mengenai keputusan Sultan Muhammad V menarik balik gelaran ‘Datuk’ yang dianugerahkan kepada Naib Presiden PAN, Husam Musa dan Pengerusi PAN Kelantan, Wan Abd. Rahim Wan Abdullah kerana ia membabitkan hak keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Sultan boleh anugerah kepada sesiapa dan boleh tarik kepada sesiapa, jadi kami tidak boleh nak komen apa-apa.

 “Ini adalah hak keistimewaan, dalam Perlembagaan pun sebut ini keistimewaan Sultan dan Agong, mana-mana negeri pun tidak ada orang boleh campur.

 “Malah kalau kita nak cadangkan gelaran ataupun kita tidak setuju kita tidak boleh kata apa sebab ini hak istimewa Sultan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelantikan Penghulu 2018 di sini hari ini.

 Beliau diminta mengulas pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) kedua-dua pemimpin PAN tersebut berkuat kuasa pada 6 Februari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×