Spurs buat Arsenal berduka - Utusan Malaysia

Spurs buat Arsenal berduka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Tottenham Hotspur berjaya melonjak ke kedudukan ketiga Liga Perdana England (EPL) selepas mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Arsenal dalam aksi derby ­utara London di Stadium Wembley malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Spurs yang sebelum ini berada di tangga kelima liga telah mengatasi Liverpool (51 mata) dengan kelebihan satu mata, bagaimanapun The Reds mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

Apa yang pasti, kemenangan itu jelas menyaksikan pengurusnya, Mauricio Pochettino menarik nafas lega apabila Spurs kembali berada dalam kelompok empat pasukan terbaik EPL.

Dalam aksi itu, Spurs yang bermain dengan corak agresif sering melancarkan serangan bertali arus tetapi gagal me-nemui jaringan sepanjang aksi pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua perlawanan, saat yang ditunggu-tunggu peminat tuan rumah akhirnya tiba apabila Spurs berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-49.

Kejayaan itu hadir apabila penyerang berbisa Spurs, Harry Kane menanduk bola hasil hantaran Ben Davies sekali gus menewaskan penjaga gol The Gunners, Petr Cech.

Arsenal memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi sepakan percuma Mesut Ozil pada waktu kecede­raan disia-siakan sekali gus keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Selepas aksi bertemu Arsenal, Spurs bakal berkunjung ke Juventus untuk aksi kalah mati Liga Juara-Juara pada awal pagi Rabu sebelum meneruskan aksi EPL menentang Crystal Palace pada 27 Feb­ruari ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×