GOMBAK – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket memproses dan pengedaran dadah ke Indonesia bernilai RM4.5 juta dalam lima serbuan di sekitar Lembah Klang pada Isnin lalu. Turut dirampas adalah pelbagai jenis dadah iaitu 28.1 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 1.6kg syabu dan 6,690 biji pil Yaba, wang tunai, kenderaan mewah dan barang kemas. Pihak polis turut berjaya menahan tujuh individu termasuk seorang wanita warga Vietnam berusia antara 29 hingga 52 tahun.…










