KUALA LUMPUR 7 Feb. – ‘Tiada padang, tiada masalah’ bagi Selangor berterusan dengan menyaksikan mereka menang selesa 4-1 ke atas Melaka United dalam perlawanan kedua Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam tadi. Keempat-empat gol Red Giants disumbang oleh Rufino Segovia pada minit kesembilan dan ke-67, serta Syahmi Safari (m-54, m-90), manakala gol sagu hati Sang Kancil menerusi Tiago Gomes (m-31). Kemenangan tersebut sekali gus…










