KUALA LUMPUR – Ringgit mencatat lantunan daripada aliran menurun minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, didorong sentimen lebih baik dengan pasaran saham dunia menunjukkan pemulihan, kata peniaga. Pada 9 pagi, ringgit berada pada 3.9280/9330 berbanding mata wang negara maju itu daripada 3.9370/9410 ketika ditutup pada Jumaat lepas. Dolar AS melepasi penyusutan baru-baru ini didorong kestabilan di pasaran saham, yang sebelum ini mengalami penjualan disebabkan kebimbangan…










