Polis bantuan dalang culik didakwa - Utusan Malaysia

Polis bantuan dalang culik didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Perbuatan seorang anggota polis bantuan yang menjadi dalang penculikan seorang pengurus syarikat pengangkutan pada tahun lalu membawa padah apabila dia bersama enam rakannya dituduh di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Polis bantuan itu, S. R. Jevan, 42, yang bekerja di sebuah kementerian di Putrajaya dan enam rakannya, S. Surendran, 35; S. Mohan, 33; S. Prakhas, 34; A. K. Muniandy, 60; P. Uthaya Kumar, 25, dan seorang lelaki warga Bangladesh, Barique, 37, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan bersama di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Bagaimanapun, ke­semua mereka tidak membuat sebarang pengakuan berhubung kes itu.

Selain Jevan, enam lagi tertuduh didakwa be­kerja sebagai pemandu lori, pengawal keselamatan, peniaga dan buruh binaan.

Kosmo! difahamkan, Barique yang telah memasuki negara ini secara sah sejak tujuh tahun lalu ditugaskan menjaga mang­sa culik sehingga pembayaran wang tebusan dilakukan oleh keluarga mangsa.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×