SETIU 12 Feb. – Petronas memperuntukkan sumbangan bernilai RM8 juta untuk Program Pemuliharaan Ekosistem dan Pelancongan Tanah Bencah Setiu, di Kampung Pengkalan Gelap, di sini. Pengerusinya, Tan Sri Sidek Hassan berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM6 juta digunakan untuk menaik taraf fasiliti di tanah bencah berkenaan termasuk sebuah jeti nelayan di Kampung Gong Batu dan empat jeti terapung dari Kampung Mangkok ke Gong Batu. Katanya, selain itu, sebuah jeti pelancong dan…










