KUALA LUMPUR 12 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa kerajaan mengambil perhatian dan tindakan serius terhadap pendedahan Presiden Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema), Datuk Zainuddin Abdul Rahman berhubung tekanan yang dihadapi oleh pengedar bumiputera bagi jenama kereta nasional, Proton.
![]() |
|
Perkasa gesa kerajaan ambil perhatian isu dihadapi pengedar bumiputera Proton Artikel Penuh: http:/
|
Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, para pengedar bumiputera Proton berada dalam keadaan tertekan sekarang akibat pelbagai syarat baharu yang dikeluarkan bagi mereka kekal menjadi pengedar kereta nasional itu.
“Perkasa telah meneliti sembilan isu dibangkitkan oleh Datuk Zanuddin yang sesungguhnya dilihat amat berat dan benar-benar membuatkan pengedar bumiputera tertekan dan menjadi punca kemerosotan jualan.
“Isu ini mungkin tidak berlaku kepada pengedar bukan bumiputera. Antara perkara yang didedahkan itu termasuklah mengenai kereta Proton yang diperketatkan kelulusan pinjaman oleh pihak bank kepada pembeli. Kenapa ada ‘double standard’ dalam hal ini?,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam wawancara seperti yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia semalam, Zainuddin mendedahkan bahawa pihaknya menerima banyak aduan daripada syarikat jualan bumiputera tentang dasar daripada pengurusan baru Proton yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Proton Otomobil Nasional Sdn. Bhd. (PONSB), Dr. Li Chunrong sejak November lalu yang dikatakan banyak memberi tekanan kepada mereka dengan pentadbiran agak keras.
Kata Zainuddin, lebih malang, DRB-Hicom yang merupakan pemegang saham utama Proton yang diketuai oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Sri Syed Faisal Albar yang sebelum ini memberi jaminan kedudukan bumiputera dalam Proton akan dijaga juga kelihatan tidak mampu berbuat apa-apa.
Menurutnya lagi, dasar Proton terkini dilihat boleh memusnahkan sebahagian majoriti wakil jualan bumiputera dan perkhidmatan Proton sedia ada dalam usaha syarikat untuk menaik taraf kepada pusat pengedaran dan servis di bawah satu bumbung.- UTUSAN ONLINE











