SEMENYIH 8 Feb. – Penduduk di sekitar Taman Bukit Semenyih di sini terkilan dengan sikap sambil lewa pemaju Projek Skim Perpaipan Air Bersepadu (IWSS) yang didakwa mengabaikan aspek keselamatan di tapak pembinaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, pemaju tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika menjalankan projek itu sehingga menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk. “Kita faham projek ini…