Pekerja asing lakukan kesalahan trafik berulang bakal diusir - Mustafar - Utusan Malaysia

Pekerja asing lakukan kesalahan trafik berulang bakal diusir – Mustafar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 12 Feb. – Jabatan Imigresen bakal mempertimbangkan tindakan pengusiran terhadap pekerja warga asing yang berulang kali melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan pekerja warga asing yang gagal mematuhi undang-undang di negara ini.

Jelas beliau, berdasarkan perkongsian maklumat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), antara kesalahan trafik yang sering dilakukan pekerja warga asing adalah memandu tanpa lesen, tiada cukai kenderaan serta menggunakan dokumen palsu.

“Tindakan pengusiran boleh dilakukan jika mereka terus-menerus melakukan kesalahan di bawah APJ 1987,” katanya kepada pemberita selepas sesi libat urus jabatannya bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×