SAYA menyokong saranan CHEF MUDA dalam ruangan FORUM Utusan Malaysia pada 7 Februari lalu agar Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan memperbanyakkan video promosi makanan tradisional orang Melayu di peringkat antarabangsa. Saya perhatikan begitu banyak resipi makanan kini cuba dilabel atau ‘dituntut’ sebagai makanan tradisi Indonesia sehinggakan berlaku mogok besar jika resipi hampir sama dipaparkan sebagai masakan Malaysia. Sebagai contoh, nama ‘nasi goreng’ kini dipromosikan secara agresif dalam media sosial dan video…