SAUDARA PENGARANG, SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, lagu-lagu sedap didengar yang dihasilkan pengkarya kita semakin merosot berbanding dahulu. Jika dahulu sekurang-kurangnya dua atau tiga lagu berkualiti dalam sebuah album tetapi kini sebuah lagu bermutu pun sukar dicari. Boleh dikatakan lagu ‘menyengat’ zaman sekarang juga tidak mampu mencabar lagu-lagu ‘corot’ zaman dahulu. Bahkan, begitu sedapnya lagu lama itu, ada sebahagiannya mempunyai susunan muzik yang mantap dan dapat mengalahkan pakej lagu baharu…










