BAGI mereka yang ‘berserabut’ dengan agenda politik, apa saja terlintas di hadapan mata mahu ditafsir atau dikaitkan dengan politik. Ini lebih-lebih lagi jika dilihat isu yang berbangkit itu tidak menyebelahi mereka. Lihat apa reaksi golongan ini ekoran negara sedang membincangkan cadangan menggubal undang-undang baharu bagi membendung penyebaran berita palsu? Ada pemimpin politik yang kemaruk mahu berkuasa terus menuduh kerajaan sengaja mengemukakan usul ini kononnya sebagai muslihat untuk menyekat ‘kebebasan bersuara’…