Mainan gula-gula getah merbahaya - Utusan Malaysia

Mainan gula-gula getah merbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, alat permainan kejutan elektrik berbentuk gula-gula getah yang berada di pasaran kini mampu memberi kesan pada sistem saraf manusia khususnya dalam kala­ngan kanak-kanak dan warga emas.

Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang pengadu iaitu waris kepada seorang murid di sebuah sekolah di Bayan Baru mengenai produk mainan yang dibeli anak lelakinya itu tiga minggu lalu.

Katanya, tinjauan dijalankan CAP mendapati, alat yang menggunakan kuasa bateri itu dijual pada harga RM6 di beberapa kedai runcit sekitar kawasan Ba­yan Baru, premis cenderamata dan gerai yang beroperasi di tepi jalan Persiaran Gurney, di sini.

“Bentuknya seakan-akan satu jenama gula-gula getah yang berada di pasaran dan lengkap de­ngan maklumat kandungan serta ramuannya.

“Kita mendapati, apabila seseorang itu menarik satu kepingan gula-gula getah, ia akan mencetuskan suis yang menghantar cas elektrik melalui tangan seseorang sehingga berlakunya kejutan elek­trik,” katanya ketika ditemui di Pejabat CAP di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×