SAUDARA PENGARANG, SUSULAN rancangan mewujudkan mahkamah khas siber, saya ingin mencadangkan diperkenalkan juga mahkamah khas untuk wakil rakyat bagi mempercepatkan proses undang-undang melibatkan ahli politik negara. Saya perhatikan proses perundangan melibatkan ahli politik kini sering dilengahkan dengan bermacam ‘prosedur’ khususnya penangguhan dan proses rayuan. Melihatkan semakin ramai ahli politik terlibat dengan masalah perundangan khususnya kes rasuah, fitnah dan menghalang tugas penjawat awam, mahkamah khas ini dapat mempercepatkan prosiding kes yang…










