Lori sawit terbalik, pemandu hilang - Utusan Malaysia

Lori sawit terbalik, pemandu hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU – Seorang pemandu lori yang membawa muatan sawit dikhuatiri hilang selepas kenderaan dipandunya terbabas di dalam gaung sedalam 91 meter di Kampung Nabutan, Jalan Ranau-Telupid di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, kepala lori tersebut hangus terbakar dan mangsa gagal ditemui.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, susulan insiden tersebut operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki terbabit sedang dijalankan.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.43 pagi.

“Tiba di tempat kejadian, kami mendapati sebuah lori 10 tan yang membawa muatan kelapa sawit terbabas ke dalam gaung dan terbakar manakala pemandunya gagal ditemui,” katanya hari ini.

Setakat pukul 1 petang ini operasi SAR masih diteruskan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×