Lelaki melecur anggota badan terperangkap dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Lelaki melecur anggota badan terperangkap dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang lelaki melecur 85 peratus pada anggota badannya setelah terperangkap dalam kebakaran di kilang petrokimia di kawasan perindustrian Bukit Merah, Pasir Puteh di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul  3.34 petang. 

Beliau berkata, kebakaran itu dipercayai bermula di kilang petrokimia itu sebelum merebak ke lima kilang lain.
Katanya, seorang lelaki berumur 53 tahun yang sedang menyusun barang di kilang petrokimia terbabit terperangkap dalam kebakaran itu, namun berjaya diselamatkan.

“Tubuh mangsa melecur dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk rawatan lanjut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Sepasukan 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Ipoh, Simpang Pulai dan Meru Raya dikejarkan ke lokasi kejadian, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×