KWSP jamin maklumat ahli, pencarum tidak terjejas - Utusan Malaysia

KWSP jamin maklumat ahli, pencarum tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberi jaminan bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas akibat kebakaran yang berlaku di bangunan cawangannya di Petaling Jaya, dekat sini sebentar tadi.

Agensi itu dalam satu kenyataan berkata, pasukan Pengurusan Krisis Cawangannya sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memastikan kebakaran tidak merebak ke tingkat lain atau kawasan sekitar.

“Memandangkan keselamatan pelanggan dan kakitangan adalah keutamaan kami, operasi pemindahan telah dilakukan dan pejabat serta perkhidmatan kaunter ditutup.

“Kami ingin memberi jaminan kepada ahli bahawa integriti maklumat dan simpanan ahli tidak terjejas,” jelas KWSP.

KWSP turut menasihatkan pencarum dan majikan yang ingin menjalankan sebarang transaksi dengan KWSP supaya menghubungi atau mengunjungi cawangan KWSP terdekat yang terletak di ibu pejabat KWSP Jalan Raja Laut.

Ahli dan pencarum juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan melalui lamanweb myEPF di http://enquiry.kwsp.gov.my, tambah KWSP. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×