KUALA LUMPUR 13 Feb. – Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) 2.0 akan diperluas ke kedai-kedai runcit persendirian seluruh negara dalam usaha memastikan rakyat dapat menikmati harga barangan yang lebih berpatutan daripada harga pasaran. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perluasan ke kedai-kedai runcit persendirian itu merangkumi fasa ketiga bagi KR1M 2.0 selepas pasar raya besar melibatkan Tunas Manja Group (TMG) dan kedai serbaneka menerusi…