MOHON Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pantau kontraktor yang diupah untuk menguruskan kebersihan sepanjang Jalan Tun Razak hingga Jalan Sungai Besi kerana sering mengabaikan keselamatan pekerja mereka. Kerap kali saya lihat pekerja membersih dan mengemas di sekitar pembahagi jalan tanpa sebarang kon, papan tanda atau kenderaan keselamatan malah terpaksa menyabung nyawa melintas jalan selepas menyiapkan kerja mereka. Walaupun rata-rata pekerja kontraktor terbabit adalah warga asing, tidak sewajarnya nyawa mereka diambil…