Kes bayi meninggal disyaki berkaitan doula disiasat - Utusan Malaysia

Kes bayi meninggal disyaki berkaitan doula disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah melakukan siasatan awal berhubung penularan berita kematian seorang bayi yang baharu dilahirkan, disyaki berkaitan dengan khidmat doula (pembantu ketika melahirkan) di sebuah rumah di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan juga laporan polis daripada seorang wanita berusia 30 tahun yang dipercayai adalah doula terbabit.

“Memang ada keluar banyak kenyataan dalam Facebook (FB) berhubung kejadian ini dan wanita yang dikatakan doula itu juga telah tampil membuat laporan polis menafikan tuduhan bahawa dia terbabit dengan kejadian yang menyebabkan kematian bayi itu.

“Kita juga sudah merujuk dengan keluarga yang melahirkan bayi itu, namun menurut kenyataan awal mereka tiada menyebut tentang hal doula ini. Jadi, kita mulakan semula siasatan terperinci berdasarkan kenyataan dalam FB,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis (IPK) Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya kini sedang menunggu laporan daripada ibu bayi itu yang ketika ini berada di kampung dan mahu memberi ruang kepadanya untuk berehat sebelum mengambil keterangan semula. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×