PETALING JAYA: Pelakon, Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa kesal apabila lawak jenaka berkenaan penerbangan keluar Jakarta ketika letusan Gunung Anak Krakatau disalah erti beberapa individu di media sosial.
Puteri Sarah menjelaskan komen mengenai penerbangan keluar menggunakan jet peribadi itu hanyalah gurauan yang tidak perlu diperbesarkan.
“Kepada Fiza kamaruzzaman, heimi djay dan Reena Rayyan, Saya terkandas di sini, namun perkongsian saya itu tidak lebih sekadar lawak jenaka.
“Tapi jelas, sindiran memerlukan tahap kefahaman yang tinggi, namun ternyata anda semua bukan pada tahap berkenaan.
“Dan tentulah, jika berlaku letusan gunung berapi, pesawat tidak dapat terbang merentasinya. Saya terkandas, namun bukan bodoh.
“Tolong jangan jadikan lawak jenaka ringan sebagai drama. Kehidupan saya sudah sedia rumit,” katanya di Thread.
Terdahulu komen yang ditulis Puteri Sarah mengenai situasi berkenaan menerima sindiran ramai termasuk tiga individu tersebut.
“Sekarang ini semua penerbangan ke Jakarta atau dari Jakarta ke Kuala Lumpur dibatalkan sebab gunung berapi meletus. Kita nampak ada artis naikkan status, ‘Penerbangan semua batal, siapa tahu ada jet peribadi yang sedia untuk bawa balik orang Malaysia’.
“Dia ini ingat jet peribadi ini pakai dayung balik Malaysia? Bukan semua benda yang terbang berenjin memang tak boleh terbang waktu ini? Saya pula yang beria fikir.
“Penting kalau buat lawak atau kelakar, kena letak emoji pembaris. Kalau tidak, kau kena terangkan dekat semua yang kau buat lawak.
“Lawak kalau dah kena terangkan memang tak kelakar! Jangan salahkan saya, saya letak emoji pembaris pada lawak saya. Itu pun orang tak nampak!” kata Fiza di Thread.










