Kemudahan pondok polis di PPR, PA - Utusan Malaysia

Kemudahan pondok polis di PPR, PA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menempatkan pondok kawalan polis dan balai polis bergerak di setiap kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu negara.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, perkara itu masih di peringkat perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Jelasnya, usaha tersebut bertujuan membantu memudahkan pengawasan dan mempercepatkan tindak balas pasukan PDRM dalam usaha membanteras jenayah khususnya di kawasan PPR atau PA yang memerlukan lebih perhatian.

“Melalui kerjasama ini, DBKL akan menyediakan kemudahan pejabat dan tempat tinggal untuk PDRM menempatkan anggota mereka.

“Usaha ini diharap dapat membantu mengurangkan kes-kes jenayah dan masalah sosial yang banyak berlaku di kawasan perumahan bertingkat di ibu kota,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×