Kemalangan ragut nyawa tiga beranak - Utusan Malaysia

Kemalangan ragut nyawa tiga beranak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM 14 Feb. – Tiga yang maut dalam kemalangan di Kampung Batu 12 Terap Serdang dekat sini kira-kira pukul 11.30 pagi tadi melibatkan sepasang suami isteri serta anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Azlin Adzali, 40, seorang pemandu lori, isterinya, Hashimah Shaari,30, suri rumah dan anak mereka Anis Umairah, 2.

Kejadian itu turut menyebabkan ibu Hashimah, Badariah Adam, 54, dan bapanya, Shaari Man,66, yang berada dalam kereta berkenaan cedera parah.

Manakala pemandu lori muatan kelapa sawit itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Ahmad Nasir Jaafar yang dihubungi berkata, ketika kejadian, lima beranak yang menaiki kereta Satria Neo itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Rancangan Perumahan Keda Sungai Salleh di Serdang.

Katanya, manakala lori itu dalam perjalanan menghala ke arah Kulim selepas memunggut buah kelapa sawit di sebuah kebun berhampiran.

“Sebelum itu Azlin dan isterinya membawa Badariah yang tidak sihat mendapatkan rawatan di Hospital Kulim sambil ditemani Shaari dan anak perempuan tunggal mereka.

“Namun sebaik sampai di lokasi kejadian kereta Satria Neo yang dipandu Azlin terbabas memasuki lorong bertentangan sebelum merempuh lori itu

menyebabkan kereta mereka berpusing dan terbabas ke bahu jalan,” katanya di sini hari ini.

Katan Ahmad Nasir, pihaknya menahan pemandu lori untuk dirakam keterangan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×