LONDON – Jaringan Harry Kane dan Christian Eriksen berjaya membantu Tottenham Hotspur bangkit dari ketinggalan 0-2 untuk mengikat Juventus 2-2 dalam aksi pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah di Turin, Itali, awal pagi tadi. Juventus sebelum itu mendahului 2-0 hasil jaringan penyerang Argentina, Gonzalo Higuain dalam masa 10 minit permainan. Namun tatkala situasi itu dilihat sukar buat Spurs, Kane dan Eriksen tampil mengetuai kebangkitan kelab London itu menerusi jaringan pada minit ke-35…