Juma'ani ketuai SABATI sampai sumbangan Tahun Baharu Cina kepada pesakit di hospital - Utusan Malaysia

Juma’ani ketuai SABATI sampai sumbangan Tahun Baharu Cina kepada pesakit di hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA SAMARAHAN 14 Feb. – Isteri Ketua Menteri, Datin Juma’ani Tun Tuanku Bujang mengetuai rombongan Ahli-ahli Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-isteri (SABATI) melawat Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, untuk menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada pesakit yang dirawat di pusat berkenaan hari ini.

Beliau yang merangkap Presiden SABATI diiringi oleh Timbalan Presidennya yang juga isteri Timbalan Ketua Menteri, Datuk Douglas Uggah Embas iaitu, Datin Doreen Mayang.

Hadir sama, Setiausaha Kehormat SABATI, Datin Dr. Zaliha Christine Abdullah; Pengarah Pusat Jantung HUS Samarahan, Dr. Mohd Asri Riffin; Timbalan Pengarah Perubatan HUS, Dr. Hayati Jaafar dan Timbalan Pengarah Klinikal HUS, Dr Norinawati Abang Daud.

Dalam lawatan itu, Juma’ani telah menyampaikan sumbangan berupa buah limau mandarin dan ‘ang pau’ kepada 110 pesakit.

Pada sebelah petang pula, rombongan itu meneruskan lawatan bagi tujuan sama ke HUS di Kuching.

Seramai 45 pesakit kanak-kanak yang dirawat di Wad Kanser Kanak-kanak dan 120 ibu baru melahirkan anak di Wad Bersalin menerima sumbangan Tahun Baharu Cina daripada SABATI. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×