JCM bincang isu rakyat Malaysia kemalangan di Thailand - Utusan Malaysia

JCM bincang isu rakyat Malaysia kemalangan di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Feb. – Kementerian Luar tidak menolak kemungkinan membawa isu kesulitan rakyat Malaysia yang mengalami kemalangan jalan raya di Thailand untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) Malaysia-Thailand akan datang.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, mekanisme perbincangan dua hala JCM yang membabitkan Menteri Luar kedua-dua negara telah menyelesaikan pelbagai isu-isu berbangkit sebelum ini.

“Terdapat perbezaan struktur undang-undang dan insurans (antara Malaysia dan Thailand) dan ini menyebabkan ada kalangan rakyat kita merasa tidak mendapat pembelaan sepenuhnya dan kadang-kala terpaksa membayar jumlah yang tinggi, saya telah terima memorandum hari ini dan kita akan bawanya ke atas,” katanya kepada pemberita di Wisma Putra di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada Bikers United Club Malaysia (BUCM) yang mengemukakan beberapa cadangan bagi menambahbaik aspek keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia yang menghadapi kemalangan jalan raya semasa berada di Thailand. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN