Jangan ulangi kesilapan MEB - Utusan Malaysia

Jangan ulangi kesilapan MEB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengingatkan kerajaan agar tidak mengulangi lima kesilapan dalam pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkan pada tahun 2010.

RUHANIE AHMAD
RUHANIE AHMAD

Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad menjelaskan, antaranya kerajaan diingatkan agar tidak meliberalisasi semua sektor ekonomi di negara ini sepenuhnya tanpa mengambil kira kepentingan bumiputera dan negara.
“Antara kesilapan lain adalah menganggap dasar membantu bumiputera menerusi dasar yang berpaksikan Dasar Ekonomi Baharu (DEB) adalah salah satu punca ekonomi negara tidak boleh berkembang dan tidak mempunyai daya saing.
“Kesilapan lain adalah mempromosikan konsep pasaran bebas dan menafikan wujudnya elemen kegagalan pasaran yang berasaskan eksploitasi dan monopoli oleh kaum Cina di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya lagi, kerajaan juga tidak boleh meremehkan keadilan sosial dan keharmonian kaum di dalam menggubal dasar ekonomi di negara ini.
“Dalam pelaksanaan MEB, kerajaan juga diingatkan untuk tidak mengulangi kesilapan sebelum ini iaitu tidak mengambil kira kepentingan kaum sebagai elemen penting di dalam dasar ekonomi negara,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×