SHAH ALAM – Polis memberi tempoh sehingga hari ini kepada dua individu termasuk penyanyi sebuah kumpulan R&B untuk tampil membantu siasatan kes penyalahgunaan dadah bersama pelakon Sofi Jikan seperti yang didakwa pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, penyanyi itu yang dikenali sebagai Firdaus dan seorang lagi rakan artis iaitu Ahmad Tajuddin atau Taj sehingga kini gagal untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan…










