KUALA LUMPUR 11 Feb. – Polis menahan tujuh suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dua beradik ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi di perkarangan Blok B Flat Damansara Bistari, Seksyen 19, dekat sini hari ini. Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an yang ditahan kebanyakannya adalah tetamu majlis tersebut termasuk penganjur majlis dan akan direman esok mengikut keperluan siasatan. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden Ku Mashariman…










