MADRID 9 Feb. – Philippe Coutinho yang turun selaku pemain gantian meledak gol pertamanya bersama Barcelona untuk menang 2-0 ke atas Valencia hari ini, sekali gus mara ke pentas akhir Copa del Rey menerusi agregat 3-0. Coutinho menjaringkan gol pembukaan Barca pada minit ke-49 dalam aksi separuh akhir kedua di Mestalla, setelah tiga minit memasuki padang menggantikan Andre Gomes. Jaringan tersebut merupakan gol pertamanya sejak bintang Brazil tersebut menyertai skuad…










