Cari bapa kandung bayi usia 24 hari - Utusan Malaysia

Cari bapa kandung bayi usia 24 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 6 Feb. – Sepasang suami isteri di sini merayu orang ramai untuk mengesan bapa kandung kepada anak angkat mereka, Nur Aisyah Izzara Khairul Anuar yang berusia 24 hari.

Rosliza Ismail, 40, berkata, lelaki berkenaan, Khairul Anuar Adeli, 30-an diminta tampil untuk membantu melengkapkan dokumen dan pengesahan berkaitan bayi itu setelah di­tinggalkan sejak dalam kandu­ngan ibunya.

“Nur Aisyah Izzara sebelum ini diserahkan oleh ibunya sendiri, Norlela Mohd. Nor sehari selepas dilahirkan, namun wanita itu memberitahu suaminya gagal dikesan sejak menghilangkan diri ketika bayi itu berada dalam kandungan yang berusia empat bulan.

“Oleh yang demikian, ibunya terpaksa menyerahkan bayi ini kepada kami untuk dipelihara sebelum segala urusan dan proses pengambilan anak angkat dilakukan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, sebagai ibu bapa angkat, mereka juga perlu mengesan bapa kandung Nur Aisyah Izzara bagi memudahkan proses keizinan pengangkatan yang dikeluarkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya tidak timbul sebarang tuntutan pada kemudian hari.

“Selain itu, pengakuan Khai­rul Anuar sebagai bapa kan­dung diperlukan bagi mendapatkan persetujuan untuk proses pengambilan anak angkat seper­ti diperlukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau me­ngenali Khairul Anuar boleh meng­hubungi Rosliza menerusi ta­lian telefon 011-2757 9032.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN