PUTRAJAYA 8 Feb. – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini membidas dakwaan Pakatan Harapan yang diketuai DAP bahawa penggubalan undang-undang baharu bagi mengekang penularan berita palsu oleh kerajaan adalah bertujuan menutup ‘kebenaran’. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, penggubalan itu tidak sama sekali untuk menutup sebarang kebenaran. “Apakah kebenaran (sebenarnya bagi Pakatan Harapan)? Apakah ‘kebenaran’ seperti diperkatakan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 melibatkan dakwaan 40,000 warga Bangladesh dibawa ke negara…