Berhenti ‘promosi’ aktiviti LGBT - Utusan Malaysia

Berhenti ‘promosi’ aktiviti LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin menyeru semua pihak berhenti melayan kisah mahupun aktiviti berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Malaysia kerana perbuatan itu hanya memberi promosi percuma kepada ‘perjuangan’ mereka.

Tidak ada satu agama mahupun kepercayaan di dunia ‘menghalalkan’ hidup songsang golongan ini dan tidak perlu ada perdebatan mengenai ‘hak asasi’ mereka secara terbuka.

Saya bukannya menyarankan golongan ini dihukum, diseksa atau dihalau sebaliknya sekadar berhenti memberi promosi percuma kepada gaya hidup mereka.

Ini termasuk dalam media massa yang memainkan kisah-kisah individu yang menggalakkan gaya hidup songsang, mempertahankan gaya hidup LGBT mahupun aktiviti ‘selebriti’ galak memakai baju bertentangan jantina.

Perkara ini bukannya boleh dibuat lawak jenaka melihatkan bilangan pengamal LGBT sekarang sehinggakan ramai daripada mereka begitu berani mempamerkan gaya hidup songsang itu di tempat awam.

Laksanakan media blackout sama ada dalam media konvensional mahupun media sosial bagi mengekang penularan gaya hidup songsang ini.

ANAK MAMI

George Town, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×