Bapa dituduh bunuh Nur Aina - Utusan Malaysia

Bapa dituduh bunuh Nur Aina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh anak kandungnya yang berusia sembilan tahun bulan lalu.

Mohammad Abdullah Mohamed, 35, me­ngangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Khairiah Abd. Razak.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohammad Abdullah didakwa membunuh Nur Aina Nabihah di sebuah rumah di Taman Vista Jaya di Lukut dekat sini antara pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam, 31 Januari lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, A. Ashwini mengemukakan pendakwaan ke atas kedua-dua tertuduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×