SHAH ALAM 14 Feb. – Pelakon veteran yang dikenali menerusi filem Ali Setan, Mohd. Azmil Mustapha Kamil, 65, tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum meninggal dunia , kira-kira pukul 12.40 tengah hari tadi akibat komplikasi jantung. Menurut Aziph Mustapha, abangnya itu sebelum itu sedang bersiap untuk keluar kerana ingin makan tengah hari bersama anaknya. “Azmil pagi tadi berada dalam keadaan yang sihat dan bersemangat untuk keluar makan. Jadi sewaktu bersiap difahamkan…