PARIT 12 Feb. – Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan reman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut serta mencabul kehormatan seorang penuntut wanita sebuah pusat latihan kemahiran berusia 20 tahun, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah berkata, anggota berusia 27 tahun yang masih bujang dari Balai Polis Parit itu ditahan pukul 9 malam selepas mangsa dan kekasih sebayanya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada pukul 5 petang semalam. Beliau berkata, anggota berkenaan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya