KULAI 6 Feb. – Airasia Berhad menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang menawarkan pengalaman perjalanan lebih lancar dengan memperkenalkan sistem pengecaman wajah dan pintu perlepasan sendiri, ‘Fast Airport Clearance Experience System’ (FACES) di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Sistem FACES milik AirAsia dan dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tambang murah itu menggunakan teknologi pengecaman wajah untuk mengenal pasti tetamu yang telah berdaftar di pintu perlepasan sendiri bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan…