Air percuma: Kesan negatif kepada negeri - Utusan Malaysia

Air percuma: Kesan negatif kepada negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Feb. – Langkah kerajaan negeri Selangor di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meter pa­du di­sifatkan seba­gai tidak adil kepa­da rakyat.

Hal ini kera­na, menurut Pe­ngerusi Gabungan NGO 1Malaysia (NGO1M), Moha­mad Nazlee Aziz Yeop, inisiatif itu secara jelas berlaku ketidakseimbangan apabila go­longan berpendapatan tinggi dan hidup mewah turut menerima bantuan.

Kata Mohamad Nazlee, sepatutnya bantuan seperti itu hanya wajar diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah serta benar-benar memerlukan.

“Sepatutnya bantuan seperti ini perlulah mempunyai golo­ngan sasar. Dalam hal ini saya percaya golongan sasar yang perlu dibantu ialah mereka berpendapatan rendah dan miskin.

“Kalau orang kaya pun dapat guna 20 meter padu air percuma, saya fikir itu tidak adil,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas mengenai inisiatif air percuma 20 meter padu yang dilaksanakan kerajaan negeri Selangor yang didakwa boleh memberi banyak implikasi negatif kepada ne­geri itu.

Dalam pada itu, Mohamad Nazlee mempersoalkan tindakan kerajaan PKR Selangor itu ketika mereka didakwa ma­sih mempunyai hutang tertunggak pembelian air terawat berjumlah RM4.42 bilion sehingga Januari lalu.

“Hutang terdahulu pun belum dilangsaikan, bagaimana boleh beri air secara percuma.

“Saya bimbang, inisiatif ini akan memberi implikasi jangka panjang yang negatif kepada ke­dudukan kewangan kerajaan ne­geri. Sekiranya berlaku, rakyat Selangor juga pasti akan terkesan dan terbeban,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×