KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menyasarkan untuk mengagihkan pembiayaan bernilai RM60 juta di bawah Pembiayaan Pendidikan-i Bank Rakyat, khusus bagi inisiatif Super High Income Programme (SHIP) yang dikendalikan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju). Presiden dan Pengarah Urusannya, Datuk Zulkiflee Abbas Abdul Hamid berkata, pembiayaan pendidikan itu merupakan kemudahan disediakan Bank Rakyat untuk membantu golongan bumiputera membiayai pengajian mereka ke peringkat berkemahiran tinggi. “Dengan pembiayaan bernilai antara RM60,000 hingga RM200,000…