7 lelaki direman bunuh dua beradik pada sambutan hari jadi - Utusan Malaysia

7 lelaki direman bunuh dua beradik pada sambutan hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tujuh lelaki ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan dua beradik ketika menghadiri majlis sambutan hari jadi di perkarangan Blok B Flat Damansara Bistari, Seksyen 19, dekat sini awal pagi tadi.

Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan permohonan itu dan memerintahkan kesemua suspek ditahan reman selama empat hari.

Kesemua suspek berusia lingkungan 30-an disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu, lelaki berusia 44 tahun dan adiknya berusia 36 tahun maut akibat ditetak selepas berlaku perselisihan faham dengan suspek yang dipercayai merupakan tetamu dalam majlis sama.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian kebanyakan tetamu dalam keadaan mabuk dan pihaknya masih mencari punca sebenar berlakunya pertengkaran sehingga menjurus kepada kematian dua beradik itu.

Kedua-dua mangsa dipercayai diserang dengan parang dan senjata digunakan untuk menyerang mangsa turut ditemukan di lokasi kejadian.

Kejadian berlaku akibat salah faham antara kedua-dua mangsa dengan kumpulan motosikal yang membuat bising di khemah terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×