SERAMAI 23 orang rombongan penggiat seni termasuk artis veteran yang mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah sejak 26 Januari lalu selamat pulang ke tanah air. Rombongan disertai penggiat seni veteran terdiri daripada artis, karyawan, budayawan dan wartawan hiburan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar pukul 11 pagi pada 6 Februari lalu. Program tersebut merupakan inisiatif daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberi peluang…










