JOHOR BAHRU 12 Feb.- Seramai 20 warganegara Filipina ditahan kerana menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki kad pengenalan milik orang lain dalam suatu operasi awal pagi ini. Ketua Pengarah Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, operasi tersebut yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hasil siasatan dan risikan terperinci selama hampir sebulan. “Hasil semakan awal di lokasi mendapati semua tahanan menggunakan dokumen palsu bagi…










