MUAR 9 Feb. – Sebanyak 13,582 unit Lampu Jalan Kampung (LJK) di 1,566 buah kampung di seluruh negeri ini siap dipasang dalam program Fasa 8 projek berkenaan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pemasangan yang mengutamakan kawasan luar bandar itu membabitkan peruntukan sebanyak RM8.59 juta. “LJK jenis LED dan High Pressure Sodium Vapour (HPSV) itu dipasang di kawasan strategik terutamanya pada simpang utama jalan…