Tindakan cemar al-Quran kesalahan jenayah di Russia

Tindakan cemar al-Quran kesalahan jenayah di Russia

VLADIMIR Putin melawat Masjid Juma di Derbent di Republik Dagestan, Russia. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Vladimir Putin menegaskan sebarang tindakan mencemarkan al-Quran termasuk merosakkan atau membakar kitab suci itu merupakan kesalahan jenayah di Russia.

Lapor Arab News, Putin berkata, meskipun tindakan sedemikian tidak dianggap sebagai jenayah di beberapa negara, namun ia merupakan kesalahan besar dan boleh dihukum di bawah undang-undang republik itu.  

Malah, tegas pemimpin itu, negaranya sentiasa menghormati kesucian  al-Quran.

“Di Russia, tindakan mencemar al-Quran dianggap sebagai jenayah berdasarkan Perlembagaan dan kanun keseksaan.

“Al-Quran suci buat umat Islam dan seharusnya dihormati oleh semua orang. Kami sentiasa mematuhi peraturan ini,” katanya ketika melawat masjid bersejarah Derbent di Republik Dagestan.

Dalam lawatan tersebut, Putin sempat bertemu dengan beberapa wakil komuniti Islam di Dagestan, selain turut menerima senaskhah kitab suci al-Quran.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan seorang lelaki yang membakar al-Quran di luar sebuah masjid di ibu negara Sweden.

Salwan Momika, 37, kini berdepan tuduhan dengan niat mencetuskan `provokasi terhadap kumpulan etnik’.

Perbuatan biadab dilakukan lelaki berkenaan di luar masjid di Stockholm ketika sambutan Hari Raya Aidiladha, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN