MPAJ digesa batal cadangan jadikan dewan komuniti pusat pelupusan sisa kelapa

MPAJ digesa batal cadangan jadikan dewan komuniti pusat pelupusan sisa kelapa

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) digesa membatalkan cadangan untuk menjadikan sebuah dewan komuniti tempatan sebagai pusat pelupusan kitar semula sisa kelapa.

Bendahari Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, MPAJ tidak boleh mengetepikan kepentingan awam hanya semata-mata projek yang belum tentu jelas manfaatnya kepada masyarakat di kawasan berkenaan.

Katanya, dewan tersebut sepatutnya dijadikan dewan terbuka dan boleh digunakan penduduk untuk pelbagai aktiviti termasuk kemasyarakatan dan sukan tetapi boleh ditempah khusus untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin dan program komuniti lain.

“Alasan bahawa dewan tersebut kurang mendapat sambutan adalah tidak wajar. Penduduk memaklumkan bahawa penggunaan dewan boleh dipertingkatkan sekiranya urusan tempahan turut melibatkan komuniti setempat dan tidak hanya bergantung kepada pihak MPAJ semata-mata.

“Pihak MPAJ sepatutnya mencontohi pengurusan Dewan MPAJ Kg. Baru Ampang yang diuruskan bersama penduduk tempatan dan berjaya dihidupkan dengan penglibatan aktif mereka dan sentiasa digunakan untuk pelbagai aktiviti masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa yang sama berkata, keputusan tersebut juga disifatkan sebagai tidak mengambil kira kepentingan serta pandangan masyarakat setempat yang merupakan pengguna utama kemudahan tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN