McDonald's Fiji kehabisan cheeseburger, Big Mac

McDonald’s Fiji kehabisan cheeseburger, Big Mac

HIDANGAN Cheeseburger dan Big Mac tiada di rangkaian McDonald's Fiji disebabkan kekurangan bekalan daging di pasaran.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUVA: Rangkaian McDonald’s di seluruh Fiji kehabisan bekalan daging lembu hanya sehari selepas Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dan pemimpin dunia lain tiba bagi menghadiri Forum Kepulauan Pasifik di negara ini.

Lapor Daily Mail, rangkaian restoran makanan segera itu membuat pengumuman Khamis lalu, yang melibatkan ketiadaan menu Cheeseburger dan Big Mac di pasaran.

Bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih hidangan burger Filet-O-Fish sebagai ganti.

“Sila ambil perhatian tentang ketiadaan produk daging lembu di restoran kami sehingga diberitahu kelak.

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” kata Mcdonald’s Fiji.

Pengurus Operasi Mcdonald’s Fiji, Damon Gregg berkata, dia tidak dapat memastikan bekalan daging tersebut akan tiba di rangkaian restoran tersebut.

Jelasnya, isu utama yang berlaku adalah disebabkan kapal kontena lewat menghantar bekalan bahan mentah itu.

“Kami amat faham dengan kekecewaan pelanggan yang datang dan mengharapkan sesuatu untuk dimakan. Jadi, kami berusaha untuk mengurangkan kekecewaan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, restoran tempatan lain mengimport daging sejuk beku dari New Zealand bagi memastikan pelanggan berpuas hati disebabkan kekurangan bekalan ayam yang menyebabkan menu nuget terpaksa dihentikan.

Kekurangan burger adalah satu lagi siri kekurangan makanan global tahun ini akibat isu rantaian bekalan yang masih berlarutan berikutan pandemik Covid-19.

Jepun hanya menjual kentang goreng bersaiz kecil akibat kekurangan kentang, United Kingdom pula terpaksa mengurangkan saiz potongan tomato, manakala, Australia pula terpaksa menggunakan campuran kubis di dalam hidangan KFC dan Subway bagi menggantikan salad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN