Banjir mula surut di Zhengzhou, 33 maut - Utusan Malaysia

Banjir mula surut di Zhengzhou, 33 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ZHENGZHOU: Ratusan kereta rosak teruk selepas dihanyutkan arus banjir yang melanda bandar ini semalam, selain menyaksikan penduduk mula membersihkan kawasan sekitar.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 33 orang maut dengan keadaan masih hujan.

Bandar Zhengzhou dilanda banjir besar selepas hujan lebat turun selama tiga jam, menyebabkan banyak jalan utama dan stesen tren bawah tanah ditenggelami air sehingga paras leher.

Selepas air mula surut, ada penduduk memindahkan kenderaan mereka ke kawasan yang lebih tinggi, selain merancang untuk keluar dari bandar ini.

Selain itu, sejumlah jentera di kerah ke beberapa terowong bawah tanah yang ditenggelami banjir bagi mengepam air keluar.

Jabatan ramalan kaji cuaca memberi amaran keadaan tidak menentu akan berterusan selama beberapa hari akan datang, selain penduduk berisiko berdepan bencana tanah runtuh dan banjir sekali lagi.

Pihak berkuasa negara ini menyatakan hujan lebat yang melanda bandar ini disebabkan oleh Taufan In-Fa walaupun China tidak menjadi laluannya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN